[Panduan] Cara Memanjangkan Tempoh Sah Kredit ONEXOX


ONEXOX memang terkenal dengan tempoh sah kredit yang panjang dan tempoh sah 'data dalam tabung' yang sama panjang dengan tempoh sah kredit.

Dengan ONEXOX , kita guna kredit sampai dekat nak habis, barulah kita topup, tiada paksaan disebabkan validity yang pendek.

Anda tidak perlu risau nombor anda akan terminated!

Berikut ialah cara-cara mendapat tempoh sah panjang di onexox.

  • Dapatkan tempoh sah kredit 28 bulan
  • Panjangkan tempoh sah kredit dengan topup
  • Panjangkan tempoh sah kredit dengan membeli tempoh sah kredit.

Tempoh Sah Kredit 28 bulan

Sebagai permulaan, apabila anda mendaftar dengan ONEXOX anda layak mendapat 28 bulan tempoh sah kredit. Iaitu dengan cara:

  • Daftar simkad nombor baru (SP/JDT) dan topup RM10 dalam masa 24 jam selepas activation atau,
  • Daftar simkad baru (SP/JDT) dan topup RM50 dalam masa 30 hari selepas activation jika terlepas untuk topup RM10 dalam masa 24 jam selepas aktif
  • Jika anda kekalkan nombor lama dan tukar line ke ONEXOX, anda akan dapat 28 bulan tempoh sah kredit PERCUMA

Kebiasannya sistem akan mengemaskini tempoh sah kredit dalam masa 14 hari.

Pertambahan Tempoh Sah Kredit Setiap Kali topup

Setiap kali anda topup, tempoh sah kredit akan bertambah lagi secara automatik. Kadarnya ialah pertambahan sehari bagi setiap RM1 nilai topup.

Katakan jika tempoh sah kredit anda expired pada 1 January 2017, dan anda topup RM10 pada 3 September 2016, maka tempoh sah kredit akan bertambah lagi hingga 11 January 2017.

Pembelian tempoh sah kredit

Bermula 11 Ogos 2016, semua warga ONEXOX boleh melanjutkan TEMPOH SAH KREDIT anda sekarang! Dengan cara

SMS Valid 6 atau Valid 12 hantar ke 22111 - Untuk pengguna Onexox.

Tempoh Sah untuk 6 bulan - RM18.00

Tempoh Sah untuk 12 bulan - RM25.00

TZE XOX TRIBE

TZE XOX TRIBE

Artikel Terkini

Facebook